Fish

Wednesday, March 31, 2010

(Ikhwan) PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)

PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :
”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.
Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
• Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
• Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
• Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)


2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.
Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah.
Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.
HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.
Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a.
Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per-bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
1. Yang Pertama Diturunkan

Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-
i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.
ii) Pendapat lain mengatakan Surah al-Muddathir yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ “. Aku berkata, “Atau اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ “. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.
Lalu Allah menurunkan: ْ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِر“Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan”.
. Mengenai hadith Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku!
Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat,
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ .
Hadith ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.
iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ‘……..” (al-Fatihah: 1-7)
iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)
Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah al-Muddathir.
Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.
2. Yang Terakhir Diturunkan
Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapat tersebut ialah:-
i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:
a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba – yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).
b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)
c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”
d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”
ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib
Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-
a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.
b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)
iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab
Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:128)
iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As
Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.
v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”
vi. Pendapat Umm Salamah
Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (ali-Imran:195)
vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab
Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.
viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;
i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.
ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.
iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.

Disediakan Oleh: Mohd Ikhwan bin Shamsuddin
No Matrik:4434
No I/C:891128075135e

(Sulaiman) PERBINCANGAN AYAT YANG TERAKHIR DITURUNKAN

Ayat-ayat Yang Terakhir Diturunkan


Banyak khilaf atau pendapat mengenai ayat-ayat yang terakhir diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada Rasullullah tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. tetapi ayat yang diturunkan selepas itu mereka tiada bersama Rasullullah s.a.w. Smpailah ketika beliau hampir wafat. Antara pendapat tersebut ialah:-

• i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:

• a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba - yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).

• b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,
عُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَوَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَ
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)

• c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”

• d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”

• ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib
Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-

• a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.

• b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)

• iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab
Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:12

• iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As
Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.

• v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”

• vi. Pendapat Ummu Salamah
Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (al-Nisa:195)

• vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab
Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.

• viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;

• i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.

• ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.

• iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.


AYAT-AYAT YANG DITURUNKAN MENGIKUT MAUDU’

1)Ayat-ayat yang diturunkan tentang makanan

i)surah Al-An’am ayat yang ke 145
ii)surah An-Nahl ayat yang ke 114 hingga 115
iii)surah Al-Maidah ayat yang ke 3




2)Ayat-ayat yang diturunkan tentang minuman

i)surah Al-Baqarah ayat yang ke 219
ii)Surah An-nisa’ ayat yang ke 43
iii)surah Al-maidah ayat yang ke 90 hingga 91

3)Ayat-ayat yang diturunkan tentang pembunuhan
i)surah Al-haj ayat yang ke 39


sulaiman abu hasan (4382)

Sunday, March 28, 2010

(Ismail) PERBINCANGAN AYAT PERTAMA YANG TURUN

PENDAHULUAN

Perbincangan ayat pertama dan terakhir diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw merupakan antara perkara yang penting di dalam kajian 'Ulum al-Quran. Mengetahui tentangnya membantu memahami al-Quran dengan tepat sehingga kita tidak tersalah berhukum dengan ayat yang telah dimansukhkan hukumnya dengan ayat yang turun kemudian.

Perbincangan mengenai ayat pertama dan terakhir yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi saw adalah suatu kajian yang terhenti sekadar riwayat daripada para sahabat Nabi saw dan para Tabi'ien r.'anhum. Tidak ada ruang akal untuk mengetahuinya, melainkan akal digunakan untuk melakukan tarjih dari dalil-dalil yang ada atau akal digunakan bagi membuat kesimpulan dari zahir nas-nas yang saling bertentangan. Para ulama umat Islam melakukan kajian dalam bab ini setelah melihat beberapa kepentingan antaranya untuk mengetahui penurunan al-Quran secara beransur-ansur, mengetahui sejarah pensyariatan Islam, serta untuk mengetahui Nasikh dan Mansukh.

Perbincangan tentang ayat awal dan akhir diturunkan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Termasuk dalam perbincangan ini adalah ayat awal dan akhir yang diturunkan secara al-Itlaq (الإطلاق), iaitu ayat terawal dan terakhir diturunkan dalam nisbah al-Quran keseluruhannya. Perbincangan juga berkisar tentang ayat terawal dan terakhir yang diturunkan secara muqayyad (مقيّد), ia berdasarkan sesuatu persoalan, seperti ayat terawal dan terakhir yang diturunkan tentang jihad, ayat terawal dan terakhir yang diturunkan berdasarkan sesuatu tempat, dan seumpamanya.

AYAT PERTAMA YANG DITURUNKAN SECARA ITLAQ.

Para ulama berbeza pendapat dalam bab ini kepada empat pendapat iaitu seperti berikut :

1. Ayat 1 hingga 5 Surah al-'Alaq:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ، خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ ، اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ ، الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ، عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Bacalah dengan nama tuhan-mu yang telah menciptakan, yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan-mu yang maha pemurah. Yang mengajarkan (manusia) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.

Dalil Pendapat Pertama:

Hadis daripada Aisyah r.a, beliau berkata:

كَانَ ‏أوَّلَ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ ‏ ‏صلى الله عليه وسلم الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ في النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ ‏ ‏فَلَقِ ‏ ‏الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إلَيْهِ الخَلاَءُ فَكَانَ يَلْحَقُ ‏‏بِغَارِ حِرَاءٍ ‏ ‏فَيَتَحَنَّثُ ‏‏فِيْهِ. ‏قَالَ: والتَّحَنُّثُ: التَّعَبُّدُ ‏ ‏اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ العَدَدِ، ‏‏قَبْلَ أنْ يَرْجِعَ ‏‏إلى أهْلِهِ، ويَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إلى ‏خديجةَ، ‏فَيَتَزَوَّدُ بِِمِثْلِهَا، حَتَّى فَجِئَهُ الحَقُّ وهو فى ‏‏غَارِ حِرَاءٍ ‏‏فَجَاءَهُ ‏‏المَلَكُ ‏‏فَقَالَ:‏ ‏اقْرَأ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ ‏ ‏صلى الله عليه وسلم: (( مَا أنا بِقَارِئٍ )). قَالَ: (( فَأَخَذَنِي ‏‏فَغَطَّنِي ‏حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثُمَّ ‏أرْسَلَنِي ‏فَقَالَ: اقْرَأ. قُلْتُ مَا أنا بِقَارِئٍ. فَأخَذَنِي ‏‏فَغَطَّنِي ‏الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثَمَّ ‏أرْسَلَنِي‏ ‏فَقَالَ: اقْرَأ. قُلْتُ مَا أنا بِقَارِئٍ. فَأخَذَنِي ‏فَغَطَّنِي ‏الثَّالِثَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثُمَّ أرْسَلَنِي ‏فَقَالَ ﴿ ‏اقْرَأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴾ الآيات إلى قوله ﴿ عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ‏﴾ )). ‏فَرَجَعَ بِهَا رسولُ اللهِ ‏‏صلى الله عليه وسلم ‏‏تَرْجُفُ بََوَادِرُهُ، حتَّى دَخَلَ على ‏خديجةَ ‏فَقَالَ: (( ‏زَمِّلُوْنِي ‏‏زَمِّلُوْنِي )) ‏فَزَمَّلُوْهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ ‏الرَّوْعُ.‏ قَالَ لِخديجةَ: (( أيْ ‏خديجةُ، مَا لِي لَقَدْ خَشِيْتُ على نَفْسِي؟)) فَأخْبَرَهَا الخَبَرَ. قَالَتْ ‏خديجةُ: ‏كَلاَّ أبْشِرْ، فَوَاللهِ ‏لاَ يُخْزِيْكَ ‏اللهُ أبَدًا، فَوَاللهِ إنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَصْدُقُ الحََدِيْثَ، وَتَحْمِلُ ‏‏الكَلَّ، ‏وَتَكْسِبُ ‏المَعْدُوْمَ، ‏وَتَقْرِي ‏الضَّيْفَ، وَتُعِيْنُ على ‏نَوَائِبِ ‏الحَقِّ. فَانْطَلَقَتْ بِهِ خديجةُ حَتَّى أتَتْ بِهِ ورقةَ بْنَ نوفلٍ، وهو ابْنُ عَمِّ خديجةَ أخِي أبِيْهَا، وكان امْرَأً تَنَصَّرَ في الجاهليَّةِ، وكان يَكْتُبُ الكتابَ العربِيّ، ويَكْتُبُ من الإنجيلِ بالعربيَّةِ ما شاءَ اللهُ أنْ يَكْتُبَ، وكان شَيْخُا كَبِيْرًا قَدْ عَمِيَ، فقالتْ خديجةُ يا ابنَ عَمِّ، اسْمَعْ مِنْ ابْنِ أخِيْكَ قال ورقةُ: يا ابْنَ أخي، ماذا تَرَى؟ فأخْبَرَهُ النبي صلى الله عليه وسلم خَبَرَ مَا رَأى، فقال ورقةُ: هذا النَامُوسُ الذي أُنْزِلَ على موسى، لَيْتَنِي فيها جَذَعًا، لَيْتَنِي أكونُ حيًّا - ذَكَرَ حَرْفًا - قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((أو مُخْرِجِيَّ هم؟)) قال ورقةُ: نعم، لم يَأْتِ رَجُلٌ بِمَا جِئْتَ بِهِ إلاَّ أُوْذِيَ، وإنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ حَيًّا أنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا. ثم لم يَنْشَبْ ورقةُ أن تُوُفِّيَ وَفَتَرَ الوحيُ فَتْرَةً حتى حَزِنَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم.

Wahyu pertama yang diterima Rasulullah adalah mimpi yang benar. Setiap kali beliau bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya Shubuh. Kemudian beliau sering menyendiri. Biasanya beliau menyepi di gua Hira'. Di sana, beliau beribadah bermalam-malam, sebelum kembali kepada keluarganya (isterinya). Untuk itu beliau membawa bekal. Setelah beberapa hari, beliau pulang ke Khadijah untuk mengambil bekal lagi untuk beberapa malam. Hal itu terus beliau lakukan, sampai tiba-tiba wahyu datang, ketika beliau sedang berada di gua Hira'. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata: Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak dapat membaca. Rasulullah saw. bersabda: Malaikat itu menarik dan memeluk-ku, hingga aku merasa kepayahan. Lalu dia melepaskan-ku seraya berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dia menarik dan memeluk-ku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian dia melepaskan sambil berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya dia menarik dan memeluk-ku sehingga aku merasa kepayahan, lalu dia melepaskanku dan berkata: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak dia ketahui)." Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pulang ke rumah Khadijah dalam keadaan gemetar, seraya berkata: Selimutilah aku, selimutilah aku! Keluarganya pun menyelimutinya, sehingga perasaan takutnya hilang. Kemudian beliau berkata kepada Khadijah: Hai Khadijah, apa yang telah terjadi denganku? Lalu beliau menceritakan seluruh peristiwa. Beliau berkata: Aku benar-benar bimbang terhadap diriku. Lalu Khadijah menenangkan baginda sambil berkata : "Jangan begitu, bergembiralah. Demi Allah, Allah tidak akan merendahkan-mu selamanya. Demi Allah, sungguh engkau telah menyambungkan tali persaudaraan, engkau selalu jujur dalam berkata, engkau telah memikul beban orang lain, engkau suka mengusahakan keperluan orang tak punya, menjamu tamu dan senantiasa membela kebenaran.

2. Ayat 1 hingga 5 Surah al-Muddaththir:

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ، قُمْ فَأَنْذِرْ ، وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ ، وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ ، وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

Wahai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan, dan kepada tuhan-mu angungkanlah, dan pakaian-mu bersihkanlah dan perbuatan dosa tinggalkalah.

Dalil Pendapat Kedua :

Hadis daripada Yahya ibn Abu Kathir:

سألتُ أبا سلمة بنَ عبدِ الرحمنِ، عَنْ أوَّلِ مَا نَزَلَ مِنَ القُرْآنِ، قال: ﴿ يَا أيُّهَا المُدَّثِّرُ ﴾. قُلْتُ: يقولون: ﴿ اقْرَأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴾. فقال أبو سلمة: سألتُ جابرَ بنَ عبدِ اللهِ رضي الله عنهما عن ذلك وقلتُ، له مثلَ الذي قُلْتَ، فقال جابر: لاَ أُحَدِّثُكَ إلاَّ مَا حَدَّثَنَا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم قال: ((جَاوَرْتُ بِحِرَاءِ، فَلَمَّا قَضَيْتُ جِوَارِي هَبَطْتُ، فَنُوْدِيْتُ، فَنَظَرْتُ عَنْ يَمِيْنِي فَلَمْ أرَ شَيْئًا، ونَظَرْتُ عَنْ شِمَالِي فَلَمْ أرَ شَيْئًا، وَنَظَرْتُ أمَامِي فَلَمْ أرَ شَيْئًا، ونَظَرْتُ خَلْفِي فَلَمْ أرَ شَيْئًا، فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ شَيْئًا، فَأتَيْتُ خديجةَ فَقُلْتُ: دَثِّرُوْنِي، وَصَبُّوا عَلَيَّ مَاءً بَارِدًا، قَالَ: فَنَزَلَتْ: ﴿ يَا أيُّهَا المُدَّثِّرُ. قُمْ فَأنْذِرْ. وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ ﴾)).

Aku menyoal Abu Salamah ibn Abd al-Rahman, tentang apa yang terawal diturunkan daripada al-Quran, beliau berkata﴿ يَا أيُّهَا المُدَّثِّرُ ﴾.. Aku berkata : mereka menyatakan ﴿ اقْرَأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴾ . Maka berkata Abu Salamah : aku menyoal Jabir r.a tentang perkara ini dan aku menyatakan kepadanya sebagaimana engkau menyatakannya. Maka jawab Jabir : Aku tidak mengkhabarkan kepada engkau kecuali apa yang dikhabarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w, baginda bersabda : Aku tinggal di Gua Hira’. Apabila selesai lalu aku turun, maka aku menyeru, lalu aku menoleh ke sebelah kanan tetapi tidak nampak apa-apa, dan aku menoleh sebelah kiri tetapi tidak nampak apa-apa, dan aku menoleh ke hadapan tetapi tidak nampak apa-apa, dan aku menoleh ke belakang tetapi tidak nampak apa-apa, lalu aku mengangkat kepalaku dan ternampak sesuatu, lalu aku balik kepada Khadijah dan berkata kepadanya : Selimutkan aku, dan sapu air yang sejuk ke atasku, baginda bersabda : maka turun ﴿ يَا أيُّهَا المُدَّثِّرُ. قُمْ فَأنْذِرْ. وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ ﴾

3. Surah al-Fatihah :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ، مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ، اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Eangkau telah kurniakan nikmat kepada merekan bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dalil Pendapat Ketiga :

Hadis Abu Maisarah ibn Syarhabil :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لخديجة : إني إذا خلوت وحدي سمعت نداء، فقد والله خشيت أن يكون هذا أمرًا، فقالت: معاذ الله ما كان الله ليفعل بك، فوالله لتؤدي الأمانة، وتصل الرحم، وتصدق الحديث، فلما دخل ابو بكر ذكرت خديجة حديثه له وقالت: اذهب مع محمد إلى ورقة، فانطلقا فقصا عليه فقال: إذا خلوت وحدي سمعت نداء خلفي يا محمد يا محمد فأنطلق هاربا في الأفق، فقال: لا تفعل إذا أتاك فاثبت حتى تسمع ما يقول ثم ائتني فأخبرني، فلما خلا ناداه يا محمد قل بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. ﴿ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴾ حتى بلغ ﴿ وَلا الضَّالِّينَ ﴾ الحديث

Bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepada Khadijah r.a : sesungguhnya ketika aku berkhalwat seorang diri aku akan mendengar suatu seruan, demi Allah aku takut terhadap perintah ini. Maka beliau berkata : Allah melindungi terhadap apa yang dilakukanNya ke atas kamu, demi Allah kamu menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, membenarkan sesuatu berita, maka tatkala Abu Bakar sampai Khadijah menceritakan perkara tersebut kepadanya dan berkata : Pergilah bersama Muhammad kepada Waraqah, lalu mereka pergi dan menceritakan kepada Waraqah. Maka beliau berkata : Ketika aku berkhalwat seorang diri, aku mendengar suatu seruan di belakangku, Wahai Muhammad! Wahai Muhammad! Pergi dengan segera ke tempat tersebut. Maka beliau berkata lagi : Jangan kamu lakukan apa-apa jika ia datang kepada kamu, dan tunggu di situ sehingga kamu mendengar apa yang dikatakannya, kemudian datang kepadaku dan ceritakannya. Lalu baginda kembali berkhalwat dan mendengar seruan. Wahai Muhammad, katakanlah ﴿ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴾ sehingga ﴿ وَلا الضَّالِّينَ ﴾

4. Basmalah :

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dalil Pendapat Keempat :

Dikeluarkan oleh al-Wahidi daripada ‘Ikrimah dan al-Hasan, mereka berkata :

أول ما نزل من القرآن بسم الله الرحمن الرحيم، وأول سورة اقرأ باسم ربك
Apa yang terawal diturunkan dari al-Quran ialah ﴾ بسم الله الرحمن الرحيم ﴿, dan surah yang terawal ialah ﴾ اقرأ باسم ربك ﴿

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata:

أول ما نزل جبريل النبي صلى الله عليه وسلم قال: يا محمد استعذ ثم قل بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang terawal diturunkan oleh Jibril a.s kepada Nabi s.a.w, ia berkata Wahai Muhammad! Pohonlah perlindungan kemudian bacalah ﴾ بسم الله الرحمن الرحيم ﴿

Rumusan Pendapat Ayat Pertama Diturunkan

Pendapat pertama yang menyatakan ayat pertama yang diturunkan ialah dari surah al-'Alaq ayat satu hingga lima ini merupakan pendapat yang paling asah , dan inilah pendapat jumhur ulama dari kalangan Salaf dan Khalaf .

Manakala pendapat kedua yang menyatakan ayat dari surah al-Mudatthir pula, ia adalah yang terawal diturunkan setelah terhentinya wahyu beberapa ketika. Dan bukan ayat pertama yang diturunkan pada nisbah al-Quran keseluruhannya. Menurut Manna' al-Qattan : Hadith tersebut menunjukkan bahawa kisah ini berlaku selepas berlakunya peristiwa (di gua) Hira' . Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah berkata : Perkataan Nabi saw "Lalu aku mendongakkan kepala-ku (ke langit), (lalu aku melihat) Malaikat yang telah mendatangi-ku di gua Hira' (فرفعت رأسي فإذا الملك الذي جاءني بحراء )" menunjukkan peristiwa tersebut berlaku selepas daripada peristiwa di gua Hira' yang diturunkan ayat Iqra' .

Bagi pendapat ketiga yang menyatakan yang pertama diturunkan ialah surah al-Fatihah, hadith yang dijadikan dalil dalam pandangan ketiga ini adalah hadith Mursal yang tidak sahih . Al-Qadhi Abu Bakr pula di dalam al-Intisor mengatakan hadith ini Munqati' . Berkata al-Baihaqi : Ia adalah terpelihara dan dibawa khabar tentang penurunannya selepas turunnya Iqra’ dan al-Muddaththir.

Manakala bagi pendapat keempat pula yang menyatakan yang pertama diturunkan ialah Basmalah, hadith yang menjadi dalil merupakan hadis mursal. Menurut al-Sayuti pendapat tersebut tidak sempurna kerana merupakan suatu keperluan turunnya surah dengan turunnya basmalah bersamanya yang menjadikannya ayat pertama diturunkan secara itlaq.

AYAT TERAKHIR DITURUNKAN SECARA ITLAK

Terdapat khilaf dalam menentukan ayat terakhir yang diturunkan. Antara pendapat-pendapat tersebut dinyatakan seperti berikut :

1. Ayat 278 Surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Dalil Pendapat Pertama :

Riwayat daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

هذه آخرُ آيةٍ نَزَلَتْ على النّبِيِّ

Ayat ini adalah ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi s.a.w.

Riwayat yang lain daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

آخِرُ آيةٍ نَزَلَتْ على النّبيِّ صلى الله عليه وسلم آيةُ الرِّبَا

Dari Ibn Abbas r.a, beliau berkata : Ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi s.a.w adalah ayat Riba.

Juga riwayat daripada Umar al-Khatab r.a, beliau berkata :

إنَّ آخِرَ مَا نَزَلَتْ آيَةُ الرِّبَا

Sesungguhnya ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat riba.

2. Ayat 281 Surah al-Baqarah :

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Dalil Pendapat Kedua :

Juga berdasarkan dua hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas yang dinyatakan sebelum ini dalam pendapat pertama. Dikeluarkankan juga oleh al-Nasaii dari Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

آخر شىء نزل من القرآن ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه ﴾ الآية

Ayat al-Quran yang terakhir diturunkan adalah ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه ﴾hingga akhir ayat.

Dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih dan juga oleh Ibn Jarir daripada Ibn Abbas r.a dengan lafaz :

آخر آية نزلت
Ayat terakhir yang diturunkan

Dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dari Said bin Jubair r.a, beliau berkata :

آخر ما نزل من القرآن كله ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه الى الله ﴾ الآية، وعاش النبي صلى الله عليه وسلم بعد نزول هذه الآية تسع ليالٍ ثم مات ليلة الاثنين لليلتين خلتا من ربيع الأول.

Ayat terakhir yang diturunkan keseluruhannya adalah ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه الى الله ﴾ hingga akhir ayat, dan Nabi s.a.w hidup selepas turunnya ayat ini sebanyak sembilan malam, kemudian baginda wafat pada malam Isnin Rabi’ al-Awwal.

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir sepertinya juga dari Abi Sa’id r.a, beliau berkata :

آخر آية نزلت ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه ﴾ الآية

Ayat terakhir yang diturunkan adalah﴿ واتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُوْنَ فيه الى الله ﴾ hingga akhir ayat.

3. Ayat 282 Surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأخْرَى وَلا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلاَّ تَرْتَابُوا إِلاَّ أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلاَّ تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan seseuatupun darii hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu) maka hendaklah dirancanakan oleh walinya dengan adil; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika seorang yang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kau edarkan sesame sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dalil Pendapat Ketiga :

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir daripada Said ibn al-Musayyab :

أنه بلغه أن أحدث القرآن عهدًا بالعرش آية الدين

Sesungguhnya telah sampai kepadanya bahawa ayat al-Quran terakhir yang berada di arasy adalah ayat al-dain (hutang)

Dan dikeluarkan oleh Abu ‘Ubaid dalam al-Fadhail, dari Ibn Syihab, beliau berkata :

آخر القرآن عهدًا بالعرش آية الربا وآية الدين

Ayat al-Quran terakhir yang berada di arasy adalah ayat riba dan ayat al-dain (hutang)

4. Ayat 176 Surah al-Nisa’ :

يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَةِ إِنِ امْرُؤٌ هَلَكَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أُخْتٌ فَلَهَا نِصْفُ مَا تَرَكَ وَهُوَ يَرِثُهَا إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا وَلَدٌ فَإِنْ كَانَتَا اثْنَتَيْنِ فَلَهُمَا الثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَ وَإِنْ كَانُوا إِخْوَةً رِجَالا
وَنِسَاءً فَلِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأنْثَيَيْنِ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Dalil Pendapat Keempat :

Riwayat daripada al-Bara’ ibn ‘Azib r.a :

آخر سورةٍ نزلت ﴿ بَرَاءَةَ ﴾ وآخر آيةٍ نزلت ﴿ يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَةِ ﴾

Surah terakhir yang diturunkan adalah surah Baraah (al-Taubah) dan ayat terakhir yang diturunkan adalah ﴿ يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَةِ ﴾

5. Ayat 128 hingga 129 Surah al-Taubah :

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ ، فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Dalil Pendapat Kelima :

Diriwayatkan di dalam al-Mustadrak daripada Ubai ibn Kaab, beliau berkata :

﴿ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ ﴾ إلى آخر وآخر آيةٍ نزلت

Ayat terakhir yang diturunkan adalah ﴿ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ ﴾ hingga akhir surah.

Dan diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, dan juga oleh Ibn Mardawaih daripada Ubai ibn Kaab r.a, bahawa para sahabat mengumpul al-Quran pada zaman khalifah Abu Bakar r.a dan ditulis oleh beberapa orang lelaki. Maka apabila sampai kepada ayat dari surah Baraah ﴿ثم انصرفوا صرف الله قلوبهم بأنهم قوم لا يفقهون﴾ , mereka menyangka ini adalah ayat terakhir yang diturunkan dari al-Quran, maka Ubai ibn Kaab berkata kepada mereka :

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أقرأني بعدها آيتين ﴿ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ ﴾ إلى قوله ﴿وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ﴾ وقال : هذا آخر ما نزل من القرآن قال : فختم بما فتح به بالله الذى لا إله إلا هو، وهو قوله ﴿ وما أرسلنا من قبلك من رسول إلا نوحي إليه أنه لا اله إلا أنا فاعبدون ﴾

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membacakan kepadaku dua ayat selepas ayat tersebut iaitu ayat ﴿ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ ﴾ hingga ﴿ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ﴾ dan berkata : Ini adalah apa yang terakhir diturunkan dari al-Quran.

6. Surah al-Maidah. Dalil pendapat ini adalah riwayat daripada Abdullah ibn Amru r.a :

آخر سورة نزلت سورة المائدة

Surah terakhir yang diturunkan adalah surah al-Maidah.

7. Ayat 195 Surah Ali Imran :

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam peperangan Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh).

Dalil Pendapat Ketujuh :

Dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih dari Ummu Salamah r.a, beliau berkata :

آخر آية نزلت هذه الآية ﴿ فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ ﴾ إلى آخرها

Ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat ﴿ فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ ﴾ sehingga akhir ayat.

8. Ayat 93 Surah al-Nisa’ :

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

Dalil Pendapat Kelapan :

Riwayat daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

نزلت هذه الآية ﴿ وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ ﴾ هي آخر ما نزل، وما نَسَخَها شيءً

Diturunkan ayat ini ﴿ وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ ﴾, ia merupakan yang terakhir diturunkan, dan ia tidak dinasakhkan.

9. Surah al-Nasr :

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ، وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ، فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugam
a Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Dalil Pendapat Kesepuluh :

Riwayat daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

آخر سورة أَنْزِلَتْ ﴿ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴾
Surah terakhir yang diturunkan ialah ﴿ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ﴾

Rumusan Pendapat Ayat Terakhir Diturunkan

Sebahagian ulama berpendapat ayat terakhir yang diturunkan secara itlaq adalah ayat 281 Surah al-Baqarah, kerana ia diturunkan beberapa hari sebelum kewafatan Nabi s.a.w. Sebahagian ulama menyatakan ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat riba. Berkata Ibn Hajar dalam Syarah al-Bukhari : apabila dikumpulkan antara dua pendapat tentang ayat riba, maka ayat ﴿ واتَّقُوا يَوْمًا ﴾ merupakan penutup kepada ayat-ayat yang diturunkan berkenaan riba yang bersambung antara satu sama lain.

Ada juga pendapat yang menyatakan ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat riba dan ayat al-dain. Pendapat ini mengumpulkan riwayat daripada ketiga-tiga bahagian pendapat yang pertama yang dinyatakan sebelum ini., yang menjadikan ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat riba kemudian diikuti oleh ayat al-dain, kerana ia merupakan kisah yang satu, dan disusunkan dalam satu tertib di dalam mashaf. Berkata al-Sayuti: Aku berpendapat tidak bercanggah riwayat tersebut berkenaan ayat riba dan ayat dain, kerana zahirnya ia diturunkan dalam turutan yang satu mengikut tertibnya di dalam mashaf dan membawa kisah yang satu.

Bagi pendapat keempat berkenaan ayat kalalah, yang dimaksudkan terakhir pada ucapan al-Bara’ adalah suatu perkara yang berkaitan al-Mawarith (harta pusaka) . Manakala pendapat kelima berkenaan ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah ﴿ لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ ﴾ , apa yang dimaksudkan disini adalah yang terakhir diturunkan dari surah Baraah .

Bagi pandangan tentang surah al-Maidah pula, ia merujuk kepada surah terakhir yang menyatakan tentang halal dan haram, dan tidak dinasakhkan hukumnya.

Bagi ayat 195 surah Ali Imran ﴿ فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ ﴾, ia merupakan ayat terakhir yang dinisbahkan kepada apa yang disebut di dalamnya al-Nisa’ (wanita). Al-Sayuti menyatakan, ini kerana beliau (Ummu Salamah r.a) berkata : Ya Rasulullah! Aku melihat Allah menyebut al-Rijal (lelaki) tidak al-Nisa’(perempuan) , maka turun ﴿ ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضَكم على بعض ﴾ , dan turun ﴿إن المسلمين والمسلمات ﴾, dan kemudian turun ayat ini, maka ia adalah ayat terakhir dalam ketiga ayat atau apa yang terakhir diturunkan selepas apa yang diturunkan khas berkenaan lelaki.

Berkenaan ayat 93 surah al-Nisa’ ﴿ وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ ﴾ , hadis yang menjadi dalil terdapat ungkapan (( وما نَسَخَها شيءً )) yang menunjukkan apa yang terakhir dalam hukum pembunuhan ke atas orang mukmin. Menurut Ahmad dan al-Nasaii : Ia merupakan yang terakhir diturunkan tentang apa yang menasakhkan sesuatu. Manakala surah al-Nasr pula, ia merupakan surah terakhir yang diturunkan.

Terdapat juga beberapa pendapat yang ganjil tentang ayat yang terakhir diturunkan secara itlak, iaitu seperti berikut :

1. Apa yang dikeluarkan oleh Ibn Jarir dari Mu’awiyah ibn Abi Sufian r.a, yang membaca ayat ﴿ فمنْ كَانَ يَرْجُو لِقاءَ رَبِّه ﴾ sehingga akhir ayat, dan berkata : sesungguhnya ini adalah ayat yang terakhir diturunkan dari al-Quran. Berkata Ibn Kathir : Athar ini adalah musykil, mudah-mudahan apa yang dimaksudkan adalah tidak ada selepasnya, ayat yang menasakhkan hukum, dan ia berkaitan ayat muhkamat.

2. Dalam al-Burhan karangan Imam al-Haramain : Firman Allah Taala ﴿ قل لا أجد فيما أوحى إلي محرّما ﴾ sehingga akhir ayat adalah apa yang terakhir diturunkan. Menurut al-Hisar, ittifaq ulama bahawa itu adalah surah Makiyyah, dan tidak menunjukkan ia ayat terakhir diturunkan, bahkan ia berkenaan kaum musyrikin di Mekah.

3. Firman Allah Taala ﴿ اليوم اكملت لكم دينكم ﴾, ayat ini diturunkan di Arafah pada tahun Haji Wida’. Zahirnya menunjukkan telah sempurna hukum-hakam sebelumnya. Tetapi ini bertentangan dengan riwayat tentang ayat riba, al-dain dan kalalah, yang turun selepasnya. Dalam masalah ini, berkata Ibn Jarir : yang dimaksudkan sempurna untuk kamu agama kamu ialah dengan ikrar mereka ke atas tanah haram dan pengusiran kaum musyrik daripadanya, dan kaum muslimin dapat menunaikan haji tanpa gangguan kaum musyrik.

Ayat Pertama Dan Terakhir Yang Diturunkan Secara Muqayyad

1- Ayat pertama yang diturunkan tentang Khamar (Arak) ialah dari surah al-Baqarah ayat 219 :

يسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما

Mereka bertanya kepada-mu tentang khamar dan judi, katakan pada keduanya ada dosa yang besar dan kemanfaatan kepada manusia, dan dosa pada keduanya lebih besar dari kemanfaatannya.

Kemudian turun pula ayat dari surah al-Nisa' ayat ke 43, diikuti ayat terakhir yang diturunkan tentang khamar seterusnya mengharamkannya ialah :

يأيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala dan bertenung nasib adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu semua berjaya.

2- Ayat pertama yang diturunkan tentang jihad ialah

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ ، الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ، الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak di dalamnya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Pendapat ini diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak daripada Ibn 'Abbas r.a. Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ibn Jarir pula meriwayatkan daripada Abi al-'Aliyah (أبي العالية) yang menyebut ayat pertama yang diturunkan tentang jihad ialah dari surah Al-Baqarah ayat 190, ada pula yang berpendapat dari surah al-Taubah / al-Baraah ayat 111, sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Iklil (الإكليل).

Al-Syeikh Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah cenderong kepada pendapat pertama yang mengatakan ayat pertama diturunkan tentang jihad ialah dari surah Al-Hajj ayat 39 hingga 41. Ini kerana di dalam ayat tersebut dijelaskan kebaikan-kebaikan jihad dan hikmah pensyariatannya di dalam Islam. Demikian juga di dalam ayat tersebut dijelaskan tujuan disyariatkan jihad untuk menangkis kezaliman orang-orang Musyrikin, dan menjamin keselamatan akidah, keselamatan penganut-penganut Islam, menjamin keamanan dalam berdakwah kepada agama Allah sehingga kebenaran mengungguli atas kebatilan, kebaikan atas kejahatan, dan keimanan atas kekufuran.

Di samping itu pendapat kedua yang mengatakan ayat pertama yang diturunkan tentang jihad ialah dari surah al-Baqarah ayat 190 tidak tepat kerana ayat tersebut diturunkan para tahun berlakunya 'Umrah al-Qadha' (عمرة القضاء) yang berlaku pada tahun ke tujuh hijrah, iaitu setahun selepas berlakunya perjanjian al-Hudaibiyah sedangkan pensyariatan jihat mula diturunkan pada tahun kedua hijrah .

Manakala pendapat ketiga yang mengatakan ayat pertama yang diturunkan tentang jihad ialah dari surah al-Taubah ayat 111 tertolak kerana mustahil ia menjadi ayat pertama yang diturunkan memandangkan surah al-Taubah merupakan antara surah yang paling akhir diturunkan sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari .

Manakala ayat terakhir yang diturunkan tentang jihad ialah :

وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة واعلموا أن الله مع المتقين

Dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya, sepertimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.

3- Ayat pertama yang diturunkan tentang makanan (الأطعمة) pula diturunkan di Makkah dari surah al-An'am (الأنعام), iaitu

قل لا أجد فيما أوحي إلي محرما على طاعم يطعمه إلا أن يكون ميتة أو دما مسفوحا أو لحم خنزير فإنه رجس أو فسقا أهل لغير الله به

Katakanlah (Muhammad) aku tidak mendapati dalam apa-apa yang diwahyukan kepada-ku sesuatu yang haram ke atas seseorang untuk memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ianya adalah kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

Kemudian diturunkan pula ayat dari surah al-Nahl (النحل) ayat 114 hingga 115, kemudian al-Baqarah ayat 173, kemudian al-Maidah ayat 3.


FAEDAH MENGETAHUI TOPIK INI

Di antara faedah yang diperolehi daripada perbasan mengenai apa yang lebih awal diturunkan dari al-Quran dan apa akhir adalah seperti berikut :

1. Mengenali Uslub Penurunan al-Quran

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur (التدرّج) sehingga kita dapat merasakan hikmah Allah swt dalam menciptakan syariat Islam yang tinggi. Sebagai contoh dalam hukum pengharaman Khamar yang diharamkan secara beransur-ansur bertujuan memberi didikan kepada manusia. Demikian juga Allah swt menurunkan ayat-ayat yang membicarakan tentang aqidah lebih awal berbanding ayat-ayat yang membicarakan secara terperinci tentang hokum-hakam amalan. Dengan mengetahui ayat pertama dan yang terakhir diturunkan, kita dapat melihat proses didikan yang ditunjukkan oleh Allah swt di dalam al-Quran dimana perkara-perkara usul agama yang terdiri daripada aqidah, keimanan dan balasan dosa dan pahala diutamakan dan diteguhkan terlebih dahulu berbanding hukum-hakam amalan. Dalam perkara ini, Umm al-Mukminin 'A-isyah r.a berkata :

إنما نَزَلَ أولَّ ما نَزَلَ منهُ سورةٌ من المفصّل فيها ذكر الجنة والنار حتى إذا ثَابَ الناسُ إلى الإسلام نَزَلَ الحلالُ والحرام ولو نَزَلَ أوَّلَ شَيْءٍ لا تشربوا الخمر لقالوا لا نَدَعُ الخمرأبدا ولو نَزَلَ لا تَزْنُوا لقالوا لا ندع الزنا أبدا

Sesungguhnya pada peringkat awal diturunkan al-Quran ialah terdiri daripada surah-surah al-Mufassal, di dalamnya membicarakan tentang syurga dan neraka, sehinggalah manusia bergantung kuat kepada Islam, (setelah itu) Allah menurunkan (hukum-hakam) halal dan haram. Seandainya yang awal diturunkan daripada al-Quran itu menyebut kamu semua jangan meminum khamar, pastilah manusia akan berkata, kami tidak akan meninggalkan khamar selama-lamanya, dan seandainya yang awal diturunkan itu mengatakan kamu semua jangan berzina, pasti manusia akan berkata kami tidak akan meninggalkan zina selama-lamanya.

2. Mengetahui sejarah pensyariatan hukum Islam.

Dengan mengkaji ayat pertama dan terakhir diturunkan, para ulama dapat mengetahui hukum yang diturunkan terlebih dahulu dan hukum yang dikemudiankan pensyariatannya. Sebagai contoh, dengan kajian ini para ulama mengetahui solat mula difardhukan di Makkah sebelum Hijrah, manakala ayat yang turun tentang kefardhuan Zakat dan Puasa diturunkan pada tahun kedua selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Demikian pula ayat yang turun tentang kefardhuan Haji turun pada tahun keenam Hijrah berdasarkan pendapat yang lebih rajih . Dari ini kita dapat mengetahui bahawa pensyariatan Islam bermula dengan kefardhuan solat, setelah itu Zakat dan Puasa diikuti dengan kefardhuan Haji.

3. Membezakan ayat yang Nasikh dan yang Mansukh.

Keadaan ini berlaku apabila terdapat dua ayat atau lebih yang membicarakan tajuk yang sama, dimana setiap ayat menerangkan hukum yang berbeza dengan ayat yang lain. Maka dengan mengetahui ayat yang lebih awal diturunkan dan yang akhir diturunkan, dapat diketahui bahawa hukum yang diturunkan kemudian menasakhkan hukum yang diturunkan terlebih dahulu.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan yang dinyatakan sebelum ini berkenaan apa yang terawal diturunkan dari al-Quran dan apa yang terakhir, maka dapat dirumuskan beberapa perkara iaitu :

1. Ayat terawal yang diturunkan secara itlaq ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq.

2. Ayat terakhir yang diturunkan secara itlaq ialah ayat 281 surah al-Baqarah. Ada yang menyatakan ayat riba, dan ayat 281 tadi penutup kepada ayat riba. Dan ada juga yang menyatakan ayat al-dain, dengan menghimpunkan ketiga-tiga pendapat.

3. Surah pertama yang diturunkan secara sempurna (kesemua ayat) ialah surah al-Fatihah.

4. surah terakhir diturunkan secara sempurna ialah surah al-Nasr.

Mengetahui tentang yang awal dan akhir diturunkan dari al-Quran memberikan banyak manfaat seperti dapat mengetahui uslub atau gaya al-Quran, sejarah hukum-hakam, serta mengetahui nasikh dan mansukh. Melalui faedah yang diperolehi ini, kita dapat membaca dan mengetahui isi kandungan, serta memahami dengan lebih mendalam apa yang hendak disampaikan di dalam al-Quran. Ia juga dapat meningkatkan perasaan takjub terhadap mukjizat sepanjang zaman ini. Justeru ia membawa kepada peningkatan iman dan taqwa, serta lebih memahami hukum-hakam dalam syariat Islam.

Friday, March 19, 2010

(Ismail) CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT MAKKI DAN MADANI

Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani

# Berikut merupakan beberapa ciri umum yang dapat membantu kita mengenali sama ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani

A-Ciri-ciri Ayat Makki

1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.

2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)

3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)

4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.

5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.

6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.

Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;

1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.

2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).

3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.

5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.

B- Ciri-ciri Surah Madani

1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.

2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.

3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.

4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.

Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:

1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.

2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.

HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

# Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:

1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.

2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.

4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.

(Farhan) PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

PENDAHULUAN

Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak baginda berada di Mekah hinggalah baginda berpindah ke Madinah. Ayat-ayat al-Quran tersebut telah menyentuh pelbagai masalah dan persoalan yang dihadapi oleh umat Islam. Ayat-ayat al-Quran juga telah mengubah tabiat buruk umat Arab menjadi baik dan membentuk mereka menjadi umat yang terpuji dalam jangka masa yang amat singkat.

Perlu diketahui bagaimanakah ayat-ayat al-Quran begitu mampu mengubah unat Jahiliah kepada umat yang bertamadun dalam jangka masa yang singkat selain dengan sebab ia merupakan kitab mukjizat. Antara sebab lain ialah kerana kelembutan al-Quran dalam menangani persoalan dan masalah mereka. Al-Quran berperingkat-peringkat mengubah perangai dan tabiat buruk mereka hingga akhirnya mereka meninggalkannya semua sekali dengan rela. Kerana itu wujudlah ayat-ayat al-Quran yang membatalkan ayat yang awal turunnya dan sebaliknya. Untuk mengetahui mana satu ayat yang awal dan yang akhir secara berturutan seseorang itu perlilah mengetahui dan memahami dengan tepat persoalan ayat Makki dan ayat Madani.

PENGERTIAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

 Terdapat perselisihan ulama dalam mentakrifkan apakah ayat Makki dan ayat Madani. Mereka membuat takrifan tersebut biasanya berdasarkan aspek tempat dan juga masa diturunkan ayat tersebut.

 Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada di Mekah dan kawasan sekiyarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mdinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar dan juga di Uhud.

 Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan “Wahai Bani Adam..” Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai orang-orang yang beriman…”.

 Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah walaupun diturunkan di Mekah.

 Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:

i. Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat:

Maksudnya : Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang mereka sembah selain dari ar-Rahman. (Surah az-Zukhruf: 45)
ii.
Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat dalam ayat berikut :



Maksudnya: Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Mha Penyayang. (Surah at-Tahrim: 1)

iii. Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah.





Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-baik Pemberi Ingat\nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Amat Maha Melihat. (Surah an-Nisa’: 58)

SURAH-SURAH AL-QURAN YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI
# Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :

1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat

-Surah-surah Madani - Termasuk di dalam surah-surah Madani sebanyak 20 surah iaitu:
1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr




- Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Madani iaitu surah:
1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass
- Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam.
- Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153 diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19 diturunkan di Madinah.

AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI
 Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan Madani dan diturunkan di Madinah tetapai dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti kandungan dan tajuk yang dibawa oleh ayat-ayat tersebut misalnya:
a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani
- Iaitu ayat 13 dalam surah AL-Hujurat yang diturunka di Mekah semasa pembukaan Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.

b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki
- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi hukumnya Makki. Cara-cara untuk mengenal ayat-ayat Makki dan Madani


 Untuk mengetahui sesuatu perkara yang sebenarnya secara pasti tentulah kita sendiri perlu melihat atau menyaksikan perkara tersebut begitu juga dengan al-Quran. Untuk mengetahui dengan pasti tentang apakah itu ayagt Makki atau Madani sudah pasti kita perlu hadir di dalam masa penurunan wahyu tersebut. Namun begitu tentulah mustahil sama sekali untuk kita mengulangi kembali perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, ulama telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:
1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang menyaksikan turunnya wahyu
2) Cara kias ijtihad Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang tertentu yang kita telah bincangkan di atas.

Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani

 Berikut merupakan beberapa cirri umum yang dapat membantu kita mengenali sama ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani

A-Ciri-ciri Ayat Makki
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)
4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.

6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;

a. Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.

b. Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).

c. Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

d. Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.

e. Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.

B- Ciri-ciri Surah Madani
1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.

4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.
Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:
1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.

HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
 Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:
1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.
2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.
4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.


DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FARHAN BIN ABDUL HALIM
3962

(Murshid) WAHYU

Wahyu Dan Pengertiannya.

1) Dari segi istilah :

Wahyu dari segi istilah syarak bermaksud pemberitahuan Allah swt kepada orang yang suci bersih lagi terpilih di kalangan hambaNya mengenai apa yang dikehendakiNya samada hidayah ataupun ilmu dengan cara yang rahsia/tersembunyi dan juga secara luar biasa.

Wahyu boleh berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya ialah :

a) Percakapan antara Tuhan dan hambaNya.
Contohnya : Bercakap Nabi Musa dan Allah swt ketika ia bermunajat di Bukit Tursina.
b) Ilham yang diserapkan ke dalam hati orang yang terpilih atas dasar ilmu yang benar dan tidak dapat dinafikan serta tidak ada keraguan padanya.

c) Mimpi yang benar yang pasti berlaku sebagaimana terbitnya fajar di waktu subuh. d) Wahyu yang datang melalui perantaraan malaikat wahyu, Jibril a.s, malaikat yang mulia, ketua segala malaikat.

2) Dari segi bahasa :

Pengertian wahyu dari segi bahasa adalah seperti berikut :

=>Wahyu merupakan ilham semulajadi bagi seseorang manusia.
Contohnya : Wahyu yang dialami oleh ibu Nabi Musa a.s.
Firman Allah swt:

Maksudnya : dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia... (al-Qasas : 7 )

=>Wahyu berupa suatu perasaan naluri bagi binatang.
Contohnya : Sebagaimana yang diwahyukan kepada lebah.
Firman Allah swt :

Maksudnya : dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. ( an-Nahl : 68 )


=>Wahyu juga disebut sebagai suatu isyarat yang pantas dengan cara yang amat simbolik kepada seseorang.
Contohnya : Sebagaimana firman Allah swt ceritakan tetapi Nabi Zakaria a.s.
Firman Allah swt :

Maksudnya : maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih(mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang". ( Maryam :11 )

=>Wahyu juga memberi makna godaan atau was-was syaitan.
Firman Allah swt :

Maksudnya : dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. ( al-An’am : 112 )


=>Wahyu juga membawa makna perintahh dari Allah swt kepada malaikatNya.
Firman Allah swt :

Maksudnya : (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. ( al-Anfal : 12 ).

CARA MALAIKAT MENERIMA WAHYU DARI ALLAH



Sebagaimana yang telah diketahui, wahyu adalah perkataan Allah yang diturunkan melalui perantaraan malaikat kepada para Rasulnya. Sebelum malaikat Jibril A.S. dapat menyampaikan wahyu kepada para Nabi, maka sudah pastinya ia terlebih dahulu menerima wahyu tersebut dari Allah S.W.T. Kemungkinan berlakunya dialog di antara Allah dengan malaikat adalah amat jelas sepertimana firman Allah S.W.T: S.Baqarah: 30

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?".Tuhanberfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya.”



Terdapat banyak lagi firman Allah yang lain yang menunjukkan adanya dialog di antara Allah dengan malaikat. Adalah tidak mustahil Allah menyampaikan wahyuNya kepada malaikat dengan cara yang tersebut juga.



Cara pertama: Malaikat Jibril a.s menerima wahyu dari Allah dengan penyampaian secara ruhani atau menghafaznya dari Luh Mahfuz. Kemudian dia akan turun menemui Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu tersebut.



Cara kedua: Malaikat hafazah menurunkan Al-Quran kepada malaikat Jibril a.s selama 20 malam (setengah riwayat 20 kali turun) dan kemudian Jibril menurunkannya kepada Nabi Muhammad S.A.W. selama 20 tahun.



Cara ketiga: Malaikat Jibril a.s mengambil Al-Quran dari Allah S.W.T secara pendengaran dan kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad S.A.W apa yang didengar dan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T tanpa sedikit perubahan.



Mengenai cara Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nawas bin Sam’an r.a yang bermaksud: “Apabila Allah mahu mewahyukan sesuatu urusan berfirmanlah dengan wahyu, lalu bergemuruh keadaan langit kerana bersangatan takut kepada Allah. Apabila mendengar keadaan itu lalu sujud dan tunduklah segala yang dilangit kepada Allah. Makhluk pertama yang mengangkat kepala ialah Malaikat Jibril lalu Allah mewahyukan apa yang dikehendakiNya. Kemudian berjalanlah Jibril di hadapan para malaikat, lalu ketika itu bertanyalah mereka : Apakah yang telah diperkatakan oleh Allah wahai Jibril? Maka sahut Jibril:


Allah berfirman:“ Yang Hak (Al-Quran)Dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar”. Maka berkatalah mereka seperti yang diperkatakan oleh Jibril. Maka berhentilah Jibril a.s. dengan wahyu itu bila telah memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Perbezaan penerimaan wahyu antara malaikat dengan para Nabi dan Rasul hanyalah sedikit iaitu malaikat menerima wahyu untuk disampaikan kepada para Nabi dan Rasul sementara mereka menerima wahyu untuk difahami, diamalkan dan disampaikan serta membimbing umatnya mengikut ajaran kandungan tersebut.

Cara penurunan wahyu dari Allah kepada para Nabi dan RasulNya dikategorikan kepada dua iaitu:
(1) Penurunan wahyu tanpa perantaraan
(2) Penurunan wahyu dengan perantaraan Malaikat



PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL TANPA PERANTARAAN


Antara cara Allah menurunkan wahyu tanpa perantaraan ini ialah:

# Bermimpi yang benar semasa tidur.


Ini disahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: “ Seawal-awal wahyu yang diterima oleh baginda ialah mimpi yang benar ketika tidur, maka ia tidak melihat melainkan datangnya seperti fajar waktu subuh.


#Mendengar kalam ilahi dari sebalik tabir.


Ini seperti yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W ketika Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah S.W.T dalam surah As-Syura ayat 51.Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana Kamilah orang-orang Yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”.

Dan juga bagi Nabi Musa ketika baginda bermunajat di Bukit Tursina.Firman Allah dalam Surah Al-A’raf, ayat 143. Maksudnya: “Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu…


PENURUNAN WAHYU KEPADA RASUL DENGAN PERANTARAAN MALAIKAT

Penurunan wahyu cara ini pernah dilakukan dengan keadaan-keadaan yang berikut:

• Cara yang paling berat diterima oleh Rasulullah S.A.W iaitu mendengar bunyi loceng dan suara yang kuat supaya Nabi bersedia menerima wahyu yang datang.
Firman Allah dalam menyebutkan tentang beratnya wahyu itu dalam surah -Muzammil yang bermaksud “Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya)”.

• Cara yang ringan iaitu Malaikat menyerupai seorang lelaki dengan paras rupa yang indah dan berseri,kemudian membacakan wahyu tersebut kepada baginda serta baginda menerimanya dengan senang.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya daripada Aisyah Ummul mukminin yang bermaksud, “ Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Katanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah wahyu didatangkan kepada engkau? Jawab baginda: “ Kadangkala ia didatangkan kepadaku seumpama bunyi loceng yamg merupakan cara yang paling berat aku rasakan. Aku pun meyakininya dan kemudian aku menguasai apa yang telah diperkatakan. Kadangkala malaikat menyerupakan dirinya kepadaku seumpama seorang lelaki dan memperkatakan kepadaku dan aku menguasai apa yang diperkatakannya.

MUHAMMAD MURSYID BIN MD HAMZAH (4052)