Ciri-ciri pengenalan Ayat-Ayat Makki dan Madani
# Berikut merupakan beberapa ciri umum yang dapat membantu kita mengenali sama ada sesuatu ayat itu Makki atau Madani
A-Ciri-ciri Ayat Makki
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)
4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.
6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;
1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.
2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).
3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.
4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.
5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.
B- Ciri-ciri Surah Madani
1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.
4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.
Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:
1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.
HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
# Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:
1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.
2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasih dan Mansuh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.
4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment